USIK-USIK

HARI GURU

Perayaan hari guru 2012 kembali lagi. Tema bagi tahun 2012 adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU DITUJUKAN KEPADA EMAK TERCINTA PUAN HAJJAH HALIMAH BINTI HARUN

 

SAYANG EMAK!!!

 

SELAMAT HARI GURU 2012

KEMPEN EARTH HOUR 2012

Kenapa Perlu Sokong Kempen Earth Hour?

Kempen kesedaran Earth Hour ini sudah bermula sejak tahun 2009 lagi iaitu bermula di negara Australia..Bagi yang tidak tahu,kempen ini bertujuan untuk menyedar seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin menuju akhir zaman..ia terbukti dengan pelbagai bencana alam yang telah melanda di seluruh dunia.

Dan kepada mereka yang rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar,inilah peluang untuk kita memberi sedikit sumbangan kerana Kempen Earth Hour 60 mengalakan seluruh penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama 60 minit..Walaupun sumbangan kita hanya pada 6o minit tersebut,tapi ia mungkin memberi impak yang besar pada keseluruhan alam.

Sejarah Earth Hour

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini diperluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turut serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.
Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terbabit dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.
Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya. – BERNAMA

LAGU PATRIOTIK : SAYA ANAK MALAYSIA