Sumbangan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kepada masyarakat dan negara amat besar sekali kerana guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa serta melahirkan generasi yang berilmu dan produktif serta memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara bagi melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan juga dunia.Justeru itu, besarlah harapan saya, semoga dengan wujudnya Blog Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dicetuskan oleh saya dan dua rakan saya yang lain dapat membantu rakan-rakan seperjuangan khasnya guru mata pelajaran PSK ini menguruskan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, di samping memperkukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin di negara ini.
Selain itu saya juga berharap dengan wujudnya blog ini ia dapat membantu pelajar pelajar yang saya sayangi untuk mendapatkan maklumat dan juga pengetahuan yang boleh dikongsi bersama. Ini kerana, melalui subjek ini dapat melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Besar harapan saya mengharapkan para pelajar menjadi warganegara yang tahu menghargai nilai perpaduan dan mengapresiasikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia demi kesejahteraan dan keharmonian Malaysia tercinta.
Walaupun matapelajaran ini bukanlah matapelajaran peperiksaan, tetapi peranan matapelajaran ini dalam membentuk warganegara yang berbudi pekerti mulia, menghargai dan menjunjung kedaulatan agama, bangsa dan negara serta mempunyai ketahanan diri yang tinggi tidak dapat dinafikan.Harapan saya, dengan usaha kita menerapkan matlamat dan objektif yang tersurat dan tersirat dalam matapelajaran PSK ini dapat merealisasikan hasrat negara mewujudkan, “SATU BANGSA, SATU NEGARA DAN SATU MATLAMAT”.
Akhir kata, semoga perkongsian ilmu ini akan diberkati Allah dan membawa kebaikan kepada anak didik kita. InsyaAllah.
Nukilan dari
Nor Aliza Bt Kassim
l20112008235/dpli/gstt
BENDERA MALAYSIA