Nota Ting.5

NOTA TINGKATAN LIMA

PERIKEMANUSIAAN KE ARAH KESEJAHTERAAN NEGARA

  1. Perikemanusiaan bermaksud tindakan berasaskan kepada pemikiran yang rasional.
  2. Tindakan berperikemanusiaan dapat melahirkan nilai-nilai umum dan norma masyarakat.
  3. Kita harus mempunyai nilai-nilai perikemanusiaan agar tidak berlaku tindakan yang agresif.  Selain itu, kita juga dapat bertindak dengan fikiran yang rasional dan mempunyai perasaan sayang terhadap semua benda hidup di dunia ini.
  4. Sifat perikemanusiaan ini dapat memandu manusia ke arah kesejahteraan negara dan dunia.
  5. Secara umumnya terdapat empat cara bagaimana kita dapat menunjukkan sifat perikemanusiaan iaitu empati, menghargai nyawa, menjaga maruah dan cinta akan keamanan.
  6. Konsep masyarakat penyayang merupakan antara langkah yang dapat menanamkan nilai perikemanusiaan.
  7. Masyarakat penyayang akan melahirkan individu, keluarga dan negara yang mempunyai nilai kasih sayang.
  8. Isu-isu kemanusiaan boleh dilihat dari aspek dalam negara atau secara sejagat (dunia)
  9. Empati bermaksud kebolehan memahami perasaan orang lain atau berkongsi perasaan tersebut. Perasaan empati merupakan perasaan yang wujud secara semulajadi dalam diri setiap individu.
  10. Sebagai manusia, kita patut menghargai nyawa setiap benda hidup di muka bumi. Membunuh atau mendera nyawa lain merupakan satu kesalahan yang pastinya akan menerima balasan dari segi undang-undang atau hokum keagamaan.
  11. Menjaga maruah menjelaskan kepentingan kita dalam menjaga maruah diri sepanjang kehidupan kita.  Maruah merupakan nama dan imej diri seseorang.  Maruah yang tercemar akan meninggalkan nama buruk dan tanggapan yang negatif terhadap diri oleh orang lain.
  12. Sifat cinta akan negara bermaksud perasaan sayang dan bangga kepada negara,

meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri, mematuhi undang-

undang serta menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang

menggugat kestabilan negara, contohnya melakukan rusuhan dan mencemarkan

imej negara.

 

 

TEMA 2: PERSIAPAN MEMBINA KELUARGA KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAPAN.

  1. Keluarga bahagia dapat membentuk masyarakat yang mapan.
  2. Antara persiapan membina keluarga ke  arah pembentukan masyarakat mapan adalah seperti berikut;
  • Mendapat restu daripada ibu bapa/penjaga.
  • Fizikal dan mental yang stabil.
  • Memiliki ilmu keibubapaan.
  • Kewangan yang stabil.
  • Mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang negara.

 

CIRI-CIRI IBU BAPA YANG CEMERLANG

  • Menjadi teladan yang baik.
  • Tegas dalam mendidik anak-anak.
  • Menjaga keselamatan keluarga.
  • Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Meluangkan masa bersama anggota keluarga.
  • Mendengar dan menerima pendapat anak-anak.

 

KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA

  • Membentuk masyarakat mapan.
  • Menjamin kestabilan politik.
  • Melahirkan generasi yang cemerlang.
  • Membentuk masyarakat penyayang.
  • Membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
  • Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.
  • Mengelakkan berlakunya gejala negatif seperti penagihan dadah, pergaulan bebas, penderaan dan sebagainya.

 

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKAT.

  1. Penglibatan aktif rakyat Malaysia dalam aktiviti kemasyarakatan adalah sangat penting.
  2. Apabila berlakunya bencana alam atau kecemasan, penglibatan aktif rakyat Malaysia secara sukarela sama ada secara individu, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) amatlah diperlukan.

 

JENIS-JENIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN

GOTONG-ROYONG

  • Individu boleh melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dianjurkan sama ada oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk memberi sumbangan tenaga kepada pihak tertentu seperti rumah orang tua, sekolah, komuniti setempat dan jabatan alam sekitar.

LAWATAN

  • Aktiviti lawatan ke rumah kebajikan dan rumah warga emas boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan sama ada melalui badan kerajaan atau bukan kerajaan.

SUMBANGAN BERBENTUK IDEA

  • Memberi pendapat atau cadangan yang disumbangkan melalui media cetak atau elektronik kepada pihak tertentu.

PENGAWASAN DAN KESELAMATAN

  • Aktiviti pengawasan keselamatan di kawasan tempat tinggal dan untuk sesuatu program dapat mengurangkan kadar jenayah dan kemalangan yang berlaku.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

  1. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk kaya dengan pelbagai warisan budaya.
  2. Terdapat pelbagai cara bagi mempromosikan warisan budaya negara, antaranya seperti melalui duta kecil, media cetak dan media elektronik.

 

CARA MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

DUTA KECIL

  • Pelajar dan pekerja Malaysia di luar negara.
  • Ahli sukan
  • Pelakon, penyanyi.
  • Tukang masak (Chef Wan)

MEDIA CETAK

  • Surat khabar, majalah
  • Brosur, risalah.
  • Poster

 

WARISAN BUDAYA KETARA

      BANGUNAN

  • Bangunan Sultan Abdul Samad.
  • Batu Caves
  • Gereja St. George, Pulau Pinang.
  • Istana Negara.
  • Masjid Negara.
  • Makam Pahlawan.
  • Carcosa Sri Negara.

 

OBJEK

  • Jalur Gemilang
  • Jata Negara.
  • Gandik Diraja.
  • Panji-panji Diraja.
  • Keris Panjang Diraja.
  • Tengkolok Diraja.
  • Manuskrip Sejarah Melayu.
  • Manuskrip Hikayat Hang Tuah.

 

  WARISAN BUDAYA TAK KETARA

  • Lagu Negaraku.
  • Silat Melayu.
  • Joget Melayu
  • Dondang Sayang
  • Wayang Kulit.
  • Mak Yung
  • Bangsawan.
  • Ngajat.
  • Sewang
  • Sumazau.
  • Tarian Singa ( di atas tiang)

 

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

 MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MEWARISI NEGARA

1.Rukun Negara merupakan ideology negara yang menjadi pegangan hidup rakyat

Malaysia.

2.Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berikutan tragedi 13 Mei 1969.

3.Antara prinsip Rukun Negara seperti yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan.
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Keluhuran Perlembagaan.
  • Kedaulatan Undang-undang.
  • Kesopanan dan Kesusilaan.

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

  • Mengekalkan kedaulatan negara.
  • Membina masyarakat progresif.
  • Memastikan keamanan dan kemakmuran negara
  • Membentuk masyarakat yang adil.
  • Memupuk perpaduan nasional.
  • Membentuk masyarakat demokratik.
  • Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Memupuk semangat patriotisme.

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN KEDAULATAN NEGARA

  • Tidak mengkhianati negara.
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
  • Menghormati sistem pemerintahan negara.
  • Mempertahankan negara daripada dicerobohi/ dijajah oleh kuasa asing.
  • Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.
  • Kemakmuran negara dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Mengamalkan cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang pelbagai.

MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MEWARISI NEGARA.

  1. Generasi muda merupakan bakal pemimpin dan pewaris negara pada masa depan.
  2. Sebagai pewaris negara, pelajar-pelajar perlu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  3. Pewaris negara yang bertanggungjawab dan layak untuk menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan mestilah mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, memiliki kerohanian yang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

JATI DIRI

    • Menghormati peraturan, tradisi dan undang-undang negara.
    • Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri.
    • Berkomunikasi dengan selesa dengan kaum lain.
    • Menyokong hasrat dan cita-cita negara.
    • Meletakkan kedudukan Bahasa Malaysia di tempat yang dihormati.

KEROHANIAN

  • Memiliki kerohanian diri yang teguh dengan mengamalkan nilai perikemanusiaan.
  • Tidak takut kepada cabaran.
  • Tidak tunduk kepada tekanan.
  • Tidak mudah berputus asa.

KEMAHIRAN

Merupakan kecekapan yang dimiliki oleh seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lancar.

  • Kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • Kemahiran dalam ICT dan teknikal.
  • Kemahiran menyelesaikan masalah.

ILMU

Melengkapkan diri dengan ilmu yang baru dan inovatif, sains dan teknologi, teknologi maklumat, bioteknologi dan juga ilmu agama.

NILAI-NILAI MURNI

Nilai amanah, jujur, adil, rajin, berintegriti, berhemah tinggi dan telus.

 

TEMA 6: MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

  1. Pembangunan negara haruslah seimbang dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
  2. RMK-9 merupakan pemacu Misi Nasional yang akan meneruskan dasar dan perancangan kerajaan dalam membentuk sesebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosial dan politik serta melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
  3. Pembangunan ekonomi penting dalam menjana pembangunan negara.  Pengenalan kepada sistem ekonomi ala komputer seperti K-ekonomi, bandar ekonomi dan pembangunan modal insan merupakan antara usaha yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
  4. Konteks sosial merupakan inti pati penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan kestabilan negara dalam menjana pembangunan negara.  Penggubalan Dasar Sosial Negara jelas mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu bumbung sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
  5. Rakyat yang cinta akan negara dan sentiasa proaktif merupakan sumber penting dalam menentukan kejayaan dan hala tuju sesebuah negara.  Justeru, kita mestilah sentiasa bersedia dalam membangunkan dan mempertahankan negara daripada serangan ancaman.
  6. Pembangunan golongan belia yang berkualiti dan memantapkan pertubuhan belia telah diberi penekanan utama dalam RMK-9 kerana mereka adalah pewaris negara pada masa depan.
  7. Penguasaan kemahiran ICT akan melahirkan rakyat yang berteknologi dalam menghadapi cabaran masa depan dan pembangunan negara.  Kemahiran dan kepakaran ICT rakyat sesebuah negara merupakan elemen yang akan menentukan tahap kemajuan pembangunan dalam negara tersebut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

    • Kerjasama dan perpaduan antara kaum.
    • Perkembangan ICT dan komunikasi.
    • Rancangan dan dasar kerajaan.
    • Kestabilan politik.

MENANGANI CABARAN GLOBALISASI

  1. Globalisasi atau “ dunia tanpa sempadan” menjadikan dunia semakin kecil akibat kemajuan teknologi dan penyebaran maklumat.  Pemodenan dalam sistem pengangkutan dan media massa mermpercepatkan dan memudahkan pergerakan komoditi dan manusia serta penyebaran maklumat secara meluas dalam jangka masa yang singkat.
  2. Era globalisasi moden menuntut tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan komunikasi.  Melalui proses globalisasi, Malaysia semakin disepadukan dengan ekonomi dunia.  Contoh dengan memperkenalkan e-banking, e-dagang.
  3. Globalisasi turut mempengaruhi imbangan pembayaran dan nila mata wang sesebuah negara berdasarkan pandangan dan keadaan pasaran sedunia.
  4. Kesan globalisasi kepada Malaysia ialah ekonomi negara akan menjadi pesat dan meningkat, pasaran ekonomi terbuka, mempercepatkan dan memperluaskan urus niaga serta meningkatkan produktiviti.
  5. Cabaran globalisasi sentiasa mengheret setiap negara dengan pelbagai masalah yang memberi kesan dalaman dan luaran pada negara tersebut.  Hubungan dengan dunia luar dapat menangani cabaran globalisasi.
  6. Hubungan serantau bermaksud kerjasama perdagangan yang melibatkan beberapa negara yang terletak dalam rantau yang sama.  Contohnya, kerjasama antara negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia –Malaysia-Singapura (IMS-GT)
  7. Hubungan dunia pula bermaksud kerjasama perdagangan melibatkan pelbagai negara di dunia.  Contohnya, kerjasama dengan PBB.OIC,EC dan G7.
  8. Malaysia juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat.  Kehadiran syarikat-syarikat multinasional seperti PETRONAS dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC) menjadikan syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.
  9. Kestabilan politik menentukan pembangunan ekonomi sesebuah negara.  Justeru, ancaman dalaman negara seperti rusuhan, demontrasi, letupan bom atau rasuah boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.

 

 

 

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG

  1. Untuk merealisasikan Wawasan 2020 ini, seluruh warga Malaysia harus melipatgandakan usaha dan bekerjasama bagi membangunkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang seperti dalam bidang pendidikan, perubatan, sains dan teknologi, pertanian dan kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia.

PUSAT KECEMERLANGAN : PERUBATAN

    • Institut Jantung Negara (IJN) –institut kesihatan terbaik dunia .
    • Penemuan bioubatan genetic.
    • Pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang pembedahan endoskopik pediatrik.

PUSAT KECEMERLANGAN : PENDIDIKAN

  • Institusi pendidikan awam dan swasta yang bertaraf dunia seperti UPM,USM, Segi College, Inti College dan lain-lain.
  • Akademi PILOT Malaysia –kursus juruterbang.
  • Program pertukaran pelajar

PUSAT KECEMELANGAN: KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR, PRASARANA

  • Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).
  • Lapangan Terbang Antarabangsa .
  • Jambatan Pulau Pinang.
  • Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.

PUSAT KECEMERLANGAN: PERTANIAN

  • Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
  • Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
  • PORIM- Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.

PUSAT KECEMERLANGAN : SAINS DAN TEKNOLOGI

  • Pusat Analisis dan Teknologi Gen (CGAT)
  • Aeeoangkasa (kajian sains angkasa)

PUSAT KECEMERLANGAN DALAM BIDANG TERTENTU

  • Bahasa- Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Sains – Pusat Sains Negara, Planetarium, Petrosains, MINT, MIMOS
  • Perubatan- Institut Jantung Negara(IJN)
  • Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA,MPOB
  • Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.
  • Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.
  • Industri automotif- PROTON.

PUSAT KECEMERLANGAN : KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR/ PRASARANA

  • Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Mempunyai kemudahan lebuh raya bertaraf antarabangsa .
  • Jambatan Pulau Pinang.
  • Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.

 

 

PUSAT KECEMERLANGAN : PERTANIAN

  • Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
  • Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
  • PORIM – Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.

PUSAT KECEMERLANGAN : SAINS DAN TEKNOLOGI

  • Pusat Analisis dan Teknologi (CGAT)
  • Aeroangkasa (kajian sains angkasa)

PUSAT KECEMERLANGAN DALAM  BIDANG TERTENTU

  • Bahasa-Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Sains- Pusat Sains Negara, Planetarium. Petrosains, MINT, MIMOS.
  • Perubatan-Institut Jantung Negara(IJN)
  • Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA, MPOB
  • Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.
  • Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.
  • Industri automotif- PROTON

USAHA MENINGKATKAN STATUS NEGARA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG

  1. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan status Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.  Antara usaha-usaha tersebut ialah:
    • Meningkatkan perkhidmatan dan kepakaran di pusat-pusat perubatan atau kesihatan sama ada kerajaan ataupun swasta.
    • Mewujudkan sistem pendidikan yang berprestij dengan meningkatkan kualiti dan taraf sistem pendidikan negara.
    • Melahirkan lebih ramai graduan dan golongan professional dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, aeroangkasa, perubatan, robotic, bioteknologi dan lain-lain bagi meningkatkan produktiviti ke arah mencapai tahap yang lebih kompetitif di peringkat domestic dan global.
    • Memajukan sector pertanian dalam negara.
    • Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti Jambatan Pulau Pinang, lebuh raya bertaraf antara bangsa, lapangan terbang antara bangsa, bandar-bandar satelit iaitu Cyberjaya .
    • Membina bangunan sebagai lambing dan mercu tanda kemajuan negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara KLCC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: